Keperibadian dan kemahiran Ron_Weasley

Ciri-ciri fizikal Ron adalah berambut merah (seperti anak-anak Weasley yang lain) dan bermata biru. Beliau kurus, berbintik-bintik di wajahnya, berhidung panjang dan memiliki tangan dan kaki yang berukuran besar.

Abang Ron semuanya memiliki kemahiran dalam bidang tertentu; dan kadang-kala hal ini membuatkan Ron tertekan kerana selalu dibayangi kejayaan abang-abangnya, dan dia memiliki keinginan kuat untuk diperhatikan bagi sesuatu yang benar-benar dilakukannya. Ketika dalam Hogwarts Express untuk pertama kalinya, Ron menceritakan pada Harry, "Aku adalah yang keenam dalam keluarga yang masuk ke Hogwarts. Boleh dikatakan banyak yang diharapkan dariku. Bill dan Charlie sudah tamat belajar dan meninggalkan Hogwarts – Bill dahulu Ketua Pelajar dan Charlie Kapten Quidditch. Sekarang Percy terpilih menjadi Pengawas. Fred dan George banyak bermain, tapi mereka bagus dan semua orang menganggap mereka bijak. Semua orang mengharapkan aku berprestasi sebaik mereka, tetapi walaupun aku berjaya, ini bukan perkara yang istimewa, kerana mereka sudah melakukannya terlebih dulu. Kau juga tidak akan memiliki barangan baru, kalau punya lima orang abang. Jubah dan pakaianku milik Bill, tongkatku milik Charlie, dan tikus tua ini dulu milik Percy."-Ron Weasley dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone

Di sekolah, Ron juga kadang-kala berada di bawah bayangan dua sahabat karibnya. Hermione yang cerdas adalah pelajar terpandai di sekolah; Harry adalah pemain Quidditch berbakat dan terkenal. Walau bagaimanapun, kesetiaan Ron terhadap sahabatnya tidak perlu dipersoalkan. Dia tidak segan-segan menghareungi bahaya untuk melindungi sahabatnya dan mudah tersinggung ketika orang menghina rakan mahupun keluarganya.

Ketika meningkat dewasa, Ron mula memperlihatkan kemampuannya. Dia terpilih sebagai Pengawas dan Keeper Gryffindor. Pada mulanya banyak orang yang mempertanyakan persembahan Ron sebagai Keeper (terutama ketika Harry menjadi Kapten Pasukan Gryffindor, dan banyak yang beranggapan Harry memilih Ron kerana mereka bersahabat). Ron sebenarnya adalah Keeper yang hebat, tapi kadang-kala kurang percaya pada diri sendiri ketika bertanding di hadapan orang ramai, apatah lagi jika diiringi lagu "Weasley Raja Kami" oleh pelajar Slytherin. ("Jadi, apa yang harus kita lakukan hanyalah meminta penonton pusing belakang dan bercakap sesama sendiri setiap kali Quaffle menuju ke arahnya…" –Fred Weasley dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix). Mujurlah Ron berangsur-angsur memperbaiki penampilannya dan membuktikan bahawa Harry (dan Angelina Johnson) tidak salah memilihnya sebagai Keeper. Ron adalah pemain Catur Sihir yang hebat. Watak Ron sering diselarikan dengan watak nombor dua seperti Sam Gamgee dalam trilogi Lord of the Rings dan Han Solo di Star Wars

Ron adalanya sering memberi komen yang sinis, walaupun lucu. Dia seringkali bingung menghadapi sesuatu, terutama yang berkaitan dengan perempuan. Sejak buku ketiga, Ron mula menampakkan tanda-tanda yang dia menyukai Hermione, walaupun mereka sering bertengkar. Dalam buku keenam, sudah jelas kelihatan minatnya pada Hermione, dan demikian pula sebaliknya. Hal ini juga disaksikan oleh Harry (walaupun Harry juga cemas apabila risau hubungan mereka tidak berhasil dan dia terlibat antara keduanya).